Wednesday, August 19, 2009

Perbahasan politik yang dipolitikkan

Singapura dikejutkan hari ini dengan komen bagaimana seorang NMP baru menerima 'teguran' keras dari 'bapa permodenan' negeri ini. Apa yang amat menarik ialah bagaimana, apa yang sebenarnya dikatakan oleh NMP ini tidak diterbitkan sepenuh mahupun sebahagiannya, apa yang kita dapat hanyalah komen yang boleh dikatakan terkeluar dari konteks perdebatan. Sebaliknya, reaksi ahli parlimen mendapat perhatian yang jauh lebih banyak.

Jika dibaca, apa yang NMP ini sebenarnya katakan; seperti yang boleh anda dapat di "http://nmpviswasadasivanmaidenspeech.blogspot.com/2009/08/nmp-viswa-sadasivans-maiden-speech-in.html", adalah menjadi persoalan mengapa akhbar menerbitkan reaksi ahli parlimen kita yang paling terhormat, dalam setengah lembar, yang memasukkan isu hak istimewa Melayu diketengahkan mahupun isu tentang bagaimana seorang bukan Melayu boleh mengatasi isu seperti anak remaja Melayu yang mengandung anak luar nikah, sebagai reaksi kepada isu peranan badan bantu diri yang berasaskan bangsa.Malah komen tentang sistem kasta boleh dikatakan tidak sensitif akan kepercayaan masyarakat Hindu di sini mahupun kepada NMP yang berbangsa India itu.

Mengapa tidak diketengahkan yang Viswa menyoal kenapa statistik tentang keadaan sosial sering dikategorikan mengikut bangsa dan pentingnya kita berdiskusi tentang masalah seperti penglibatan Melayu-Islam di SAF?

Apa yang penting ialah kita harus menyoal dan berfikiran kritikal akan apa yang dicetak di akhbar tempatan dan tidak menerima sepenuhnya apa yang diketengahkan. Syabas, Viswa kerana berani mengetengahkan isu-isu ini dalam sesi pertamanya sebagai NMP dan adalah diharapkan ia dapat diteruskan.

No comments: